nak g mane-mane tekan je c2

Google | Yahoo | Twitter | Facebook |

Isnin, Mei 10

THE BODYGUARD 2 [DVD][THAI]

http://hotfile.com/dl/39710770/13bfc51/the_bodyguard.zip.001.html

http://hotfile.com/dl/39936456/bcf4ed3/the_bodyguard.zip.002.html

http://hotfile.com/dl/40016657/0269763/the_bodyguard.zip.003.html

http://hotfile.com/dl/40343862/c85d950/the_bodyguard.zip.004.html

http://hotfile.com/dl/40177347/88f1f31/the_bodyguard.zip.005.html

http://hotfile.com/dl/40338451/caca780/the_bodyguard.zip.006.html

http://hotfile.com/dl/40340596/3a69306/the_bodyguard.zip.007.html


Read more...

Rabu, Mac 24

RAHSIA CINTA

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?


Madah Cinta
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

“Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.” – Al-Quran


Read more...

KEBANKITAN SURO GATE

Sementara ramai orang kita masih khayal dengan hiburan dan syok dibuai mimpi, dan dengki mendengki sesama sendiri. Kini IBM telah pun mencipta komputer generasi ke 5, yang mana saintis menciptanya untuk menghubungkan sel otak dengan komputer.

Pada persidangan superkomputer 11/18/2009, IBM mengumumkan kemajuan yang signifikan dalam mencipta sebuah sistem komputer yang menbuat simulasikan kemampuan otak untuk perasaan, persepsi, tindakan, interaksi dan kognisi. Para saintis dan jurutera di IBM's Almaden Research Center, di San Jose, California, mengumumkan pada Supercomputing Conference (SC09) di Portland, Oregon, bahawa mereka telah mencipta otak terbesar simulasi-to-date tentang superkomputer.

Para saintis di IBM Research bekerja dengan rakan-rakannya dari Lawrence Berkeley National Lab, telah dilakukan pertama real-time di dekat simulasi kortikal otak yang melebihi skala kucing korteks, ataupun, 1 bilion neuron dan spiking belajar individual 10 triliun sinapsis.
Untuk melakukan pertama mereka secara real-time di dekat simulasi kortikal otak yang melebihi skala kucing korteks, pasukan membina sebuah simulator kortikal yang menggabungkan sejumlah inovasi dalam perkomputeran, memori dan komunikasi canggih, serta butiran biologi daripada neurofisiologi dan neuroanatomy . Simulasi dilakukan dengan menggunakan simulator kortikal tentang Lawrence Livermore National Lab's Dawn Blue Gene / L superkomputer dengan 147.456 CPU dan 144 terabyte RAM.

"Belajar daripada otak adalah sebuah cara menarik untuk mengatasi kepadatan kuasa dan cabaran yang dihadapi dalam perkomputeran hari ini," kata Josephine, pengarah makmal IBM Research.

"Sebagai digital dan dunia fizikal terus menyertai dan komputasi menjadi lebih tertanam dalam struktur kehidupan sehari-hari kita, ini membolehkan kita mencipta sebuah sistem perkomputeran yang lebih hebat yang boleh membantu kita memahami banyak maklumat yang semakin sedia bagi kita , banyak cara otak kita dapat dengan cepat mentafsirkan dan bertindak atas tugas-tugas kompleks. "

Penyelidikan ini dibiayai oleh US Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA), yang menghabiskan sekurang-kurangnya US $ 40 juta untuk mengembangkan pemproses elektronik untuk meniru fungsi otak mamalia, saiz, dan ketahanan daya otak. Para projek DARPA, yang disebut Sistem Adaptive Plastic Scalable Neuromorphic Elektronik, atau sinaps, dilancarkan akhir tahun lalu dan akan terus sampai dengan tahun 2015 dengan tujuan mensimulasikan sebuah prototaip cip 10 bilion neuron disambungkan melalui 1 trilion sinapsis.
IBM adalah salah satu daripada tiga kumpulan yang terlibat dalam projek. Selain $ 21 juta dana untuk IBM, DARPA juga membiayai HRL Labs, di Malibu, California, dan HP Labs, di Palo Alto, California

Jadi untuk pengetahuan anda saat ini, para saintis mempunyai kemampuan superkomputer untuk meniru model otak dan komputer generasi kelima telah menjadi tonggak penting dalam keputusan; dan IBM hanya mengambil satu langkah besar dalam mencapai tonggak itu.


Read more...

sejarah khilafah oyhmaniah

Bangsa Turki yang dikenali sebagai Othmani berasal dari bangsa Qayi, salah satu cabang dari rumpun bangsa Turki Ghazu yang tinggal di wilayah Turkistan. Pada kurun ke 13M tentera Mongol di bawah pimpinan Gengkhiz Khan dari Mongolia menyerang dan  menakluk negeri Turkistan dan Banjaran Iran. Bangsa Turki termasuk Qayi berpindah dan dipimpin oleh Sulaiman Syah yang bergabung dengan Jalaluddin Minkabarti, anak Khawarazmi Syah.
Apabila Jalaluddin tewas berdepan dengan Mongol, Sulaiman Syah membawa kaumnya menyelamatkan diri ke negeri Turkistan, seterusnya ke Azerbaijan di sempadan timur Asia Minor. Di situlah mereka menetap memandangkan sumber air yang banyak dan ladang ternak yang luas terbentang walaupun agak berbukit. Dalam tempoh yang singkat bangsa ini membiak dan bertambah dari bilangan ratusan menjadi ribuan.
Apabila bahaya Mongol mula reda, Sulaiman Syah cuba masuk ke negeri Syam, malangnya beliau mati lemas di sebatang sungai berhampiran bandar Halab lalu pimpinannya diganti oleh anaknya Urkhan. Urkhan membawa kaumnya ke Asia Minor mencari tempat yang sesuai kepada mereka yang semakin berkembang, lalu beliau masuk negeri Saljuk Rom yang diperintah oleh Sultan Alauddin bin Kaiqabaz. Negeri itu berpusat di Konya di tengah dataran ini dan amat luas.
Peperangan antara Saljuk Rom dan Byzantine selalu terjadi dan amat sengit. Urkhan dan penggantinya Urtoghal menjadi pembantu Sultan melawan kuasa kafir ini.
Anak Urtoghal bernama Othman seorang pejuang berkuda yang tangkas berperang. Beliau dapat menguasai dua kubu Byzantine yang kuat iaitu Qarjahisar dan Eskisehir, di samping kawasan sekitar di tengah Asia Minor. Sultan Alauddin III mengangkatnya secara rasmi sebagai Amir dengan anugerah bendera putih dan gendang perang.Othman memimpin askar Turki membuka bumi Byzantine hingga ke Laut Hitam.
Apabila Moghol mengulangi serangan ke atas Asia Minor pada 699 H bersamaan 1299M diketuai oleh Ghazan Khan, Sultan Alauddin III merasa takut lalu meminta bantuan Kaisar Rom. Namun Kaisar itu mengambil peluang untuk membunuhnya. Berikutan itu, Othman mewarisi Kerajaan Saljuk Rom dan bertanggung jawab melancarkan jihad menentang Byzantine. Beliau dapat mengasak tentera Rom hingga ke barat Asia Minor. Di situ beliau mendirikan kediaman baru bersama askarnya sebagai benteng negara berdepan dengan musuh.
Seorang sheikh sufi bernama Sheikh Odbali mendidik Utsman menjadi seorang mujahid agama. Sheikh itu mengahwinkan Othman dengan anak perempuannya dan memberi gelaran ‘alghazi’ bermakna Pejuang. Di samping wasiat beliau agar  mewakafkan nyawanya untuk berjihad fi Sabilillah di bumi Rom.
Demikianlah, Othman terus maju hingga sampai ke bandar Bursa di pantai Laut Murmura. Ramai penduduk Rom yang tinggal di kawasan itu memeluk Islam dan berhijrah ke dalam wilayah Islam. Kebanyakan zuriat mereka menjawat jawatan pegawai di dalam pemerintahan negara Islam ini. Sultan Othman wafat pada 1326 M diganti oleh anaknya, Urkhan(1326-1362M) memerintah negara yang kuat dan mempunyai struktur pemerintahan yang kukuh. Beliau dapat membuka Bursa lalu memindahkan pusat kerajaan ke situ. Seterusnya, beliau menguasai Iznik (1331 M) dan Izmir (1337 M). Apabila wilayah Qura Si menjadi wilayah Othmaniah (1335-1345M) kebanyakan rumpun bangsa Turki yang menetap di pinggir Asia Minor berhijrah berduyun-duyun ke dalam Negara Islam ini.
Ia berlaku berikutan satu fatwa yang dikeluarkan oleh Fuqaha yang menjadi para penasihat para Sultan dalam urusan perundangan mengatakan bahawa setiap orang yang memeluk Islam secara automatik menjadi warganegara asli. Hasilnya, kebanyakan bangsa Rom di situ memeluk Islam dengan pilihan sendiri.
Maka berkembanglah pemerintahan Othmaniah dan berjaya melakukan pembukaan kawasan Islam termasuk Konstantinople dan wilayah Eropah Timur.


Read more...

Renungan Bersama (Kisah salehuddin al ayubi)


REJAB yang sewajarnya diberi perhatian bukanlah kepada ibadah puasanya, tetapi yang seharusnya diangkat ialah tentang peristiwa-peristiwa yang ma’thur seperti pembebasan semula Baitul Maqdis oleh tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijriah.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah yang menarik, setelah Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjaya menawan kembali Baitul Maqddis, beliau berjalan-jalan di sekeliling kota. Tiba-tiba beliau disapa oleh seorang lelaki tua beragama Kristian, katanya: “Wahai pahlawan agung, mengapa tuan tidak membalas semula tindakan kejam tentera salib terhadap tentera tuan?”

Jawab Sultan Salahuddin: “Wahai orang tua, agama kami bukan sahaja melarang sifat balas dendam, tetapi sangat menegah tindakan di luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah musuh-musuh kami lakukan. Islam menyuruh kami menepati janji, memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”

Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya ingin sangat menikmati kehidupan yang indah seperti itu pada sisa-sisa akhir hidup ini. Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”

Sultan Salahuddin menjawab: “Lafazkanlah syahadah, beriktikadlah bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan Muhammad itu Rasul-Nya. Kemudian kerjakanlah apa yang Allah Taala perintahkan dan tinggalkanlah segala larangan-Nya.” Mendengar penjelasan itu, lelaki itupun terus mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh keyakinan. - al-Kurauwi
_________________
Yang paling payah adalah ikhlas dlm melakukan perkara2 yang baik.
Sunnah yang paling besar apabila bangun pagi maafkanlah semua orang .


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Love is...
© budax nakal - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace - Blogger Styles