nak g mane-mane tekan je c2

Google | Yahoo | Twitter | Facebook |

Sabtu, Ogos 20

keris ajaib peningalan serivijaya

 Sebilah keris di wilayah ini dilaporkan bukan sahaja mampu berdiri sendiri, bahkan turut mempunyai kuasa ajaib.


Omansyah, 28, pemilik keris yang dikenali sebagai Santan Lanang Betino itu memberitahu, dia memperoleh keris itu daripada bapa saudara sulungnya lima tahun lalu.
Dia bagaimanapun tidak berapa jelas tentang asal usul keris yang mempunyai tujuh luk dan 30 sentimeter panjang itu, tetapi mengikut sejarah, keris itu adalah peninggalan kerajaan Sriwijaya yang dimiliki oleh golongan atasan.


“Saya sendiri tidak mengetahui asal-usul keris ini kerana bapa saudara saya enggan menceritakannya,” katanya kepada Tribunnews.com.
Omansyah berkata, keris itu mempunyai kuasa ajaib iaitu boleh menenangkan perasaan orang yang sedang marah.


“Apabila ada pergaduhan, saya sering gunakan keris ini bagi mendamaikan keadaan kerana ia mampu meredakan kemarahan kepada sesiapa yang melihatnya.
“Binatang buas juga akan lari jika melihat keris ini,” ujar Omansyah


Read more...

Jumaat, Ogos 19

Tips Mencari Malam Lailatul Qadar

Salam.
Telah berfirman Allah Taala, yang bermaksud:
Maksudnya : "Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan" [Al-Qadr : 1-3]

Siapa yang tak mahu mencari malam yang penuh misteri ini, malam yang memberikan ganjaran terhebat dalam bulan Ramadhan. Sejak saya kecil lagi, saya dah ambil tahu mengenai kelebihan malam Lailatul Qadar ini, malah saya pernah diceritakan pengalaman mereka yang mengatakan telah merasai nikmatnya merasai malam seribu bulan ini.

Banyak cerita. Ada yang mengatakan air paip semasa nak mengambil wudhuk tetiba jadi ais. Ada juga yang ceritakan pada saya, masa dia melalui jalan ke masjid, pokok di situ tunduk hormat. Dan ramai juga yang pernah beritahu saya, bila malam itu tiba, suasana sangat nyaman, sunyi, dan hati rasa sangat lapang.

Itu adalah cerita-cerita yang seingat ingatan saya yang telah diberitahu oleh rakan-rakan sekolah, rakan-rakan IPT, rakan-rakan tabligh dan ramai lagi. Ceritanya tak lari dari petunjuk2 di atas.


Mencari Malam Lailatul Qadar
Mengikut pendapat Imam Syafie, malam Lailatul Qadar boleh ditemui pada sepuluh malam yang akhir. Dan diberatkan pada malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu (21) dan malam dua puluh tiga (23) bulan Ramadan.



Imam Ghazali pula ada menyebut bahawa malam Lailatul Qadar boleh diketahui dengan meneliti hari permulaan Ramadhan pada tahun tersebut. Menurutnya; seandainya permulaan Ramadhan jatuh pada hari:

  • hari ahad atau hari rabu - maka, malam Lailatul Qadar adalah pada malam yang ke dua puluh sembilan.
  • hari isnin - maka malam Lailatul Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
  • hari selasa atau jumat - maka malam Lailatul Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
  • hari khamis - maka Lailatul Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.
  • Hari sabtu - maka Lailatul Qadar akan jatuh pada malam yang ke dua puluh tiga.

Itu menurut pendapat yang banyak diperkatakan dan menjadi antara pedoman oleh ramai umat Islam. Namun, tiada siapa yang sebenarnya tahu, kerana hadirnya malam seribu bulan ini adalah atas kehendak Allah Taala.
Ada yang mengatakan, walaupun tidak berlaku hari itu pada individu, tetapi atas keberkatan dia mengerjakan segala amalannya, nikmat malam seribu bulan itu diterimanya walaupun tanpa dia mengetahuinya.

Ini merupakan panduan yang telah diberikan oleh mereka yang ahli dalam hal ini. Terpulang pada kita untuk memberatkan amalan mengikut panduan yang diberikan.




Read more...

Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn Bhd


Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”


ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.


Cinta Sebelum Kahwin
Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:


1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.


2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.


3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.


4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.


5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.
Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.


Cinta Selepas Bertunang


Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.
Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta Selepas Kahwin
Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.
Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:


1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.


2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.


3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Seharusnya Cinta…
Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.




Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.


Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.


Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.


Read more...

Cara Kebanyakkan Gadis Asia Pose Comel Depan Kamera

Ini kenyataan, memang ramai orang yang buat aksi ini di depan kamera terutamanya buat tanda Peace. Ini antara aksi-aksi lain yang biasa gadis Asia ini lakukan. di malaysia pon same





















Read more...

Hidup Gangster di China

Seorang daripada Gangster telah mengupload gambar hidup mereka di dalam satu forum. Mereka inilah yang telah memdonimasikan kegiatan tidak berfaedah di negara China.Hidup mereka semuanya tentang Wanita, Judi, Duit dan Senjata Api.




















Read more...

Lukisan 3D Mantap menggunakan Pensel

Semua lukisan 3D yang mantap ini dihasilkan oleh Fredo, seorang artis di DevianArt. Fredo yang baru berusia 17 tahun dari Chile pada mulanya hanya mencuba untuk membuat lukisan pensel ini nampak realiti. Ingin lihat lebih banyak lagi lukisan oleh Fredo,









Read more...

Koleksi Kek dalam Bentuk Makanan Lain

















ini semua ialah kek creatif tol orang2 japan ni kan 


Read more...

Iklan yang Fail, Hi fi MP4 atau Model Ru Wong lebih menonjol? [19+]


Satu lagi iklan yang Fail dihasilkan oleh negara China yang menampilkan gadis yang cantik. Mereka senjaga menggunakan gadis yang lebih menawan untuk menarik perhatian tetapi adakah dengan itu mesej dapat disampaikan? APa yang orang lihat? Model Ru Wong atau MP4 tersebut?












amacam model ke MP4 ag menonjol eheheh 


Read more...

Keadaan Dalam Keretapi di China yang Kotor dan Berbau


Beberapa gambar di dalam keretapi China telah diambil menunjukkan betapa kotornya keadaan dalamnya. Kalau anda sebagai penumpang, mesti ramai yang tak ingin nak masuk ke situ.Ada penumpang yang tak sanggup nak duduk:-))
p/s : kami tak pasti adakah gambar ini telah diPhotoShop atau tidak. Ada yang menyatakan betul, ada yang menyatakan tak mungkin. :-)) 


Read more...

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai dan Menyayangi Kamu


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"


                             


Read more...

INILAH CINTA


Semenjak dua menjak ni asyik terlibat dengan peperangan walaupun sebenarnya tiada kaitan dengan masalah itu..tapi sebagai seorang kawan apalah sangat yang boleh ditolong..sekadar hanya nak beri nasihat dan semangat..selebihnya terletak pada diri sendiri. why?..kadang kadang sama ada kita perasan atau tidak perkara ni sebenarnya berulang-ulang. kenapa masih tak sedar... bagi aku tak salah nak couple time belajar ker kerja ker tapi janganlah hipokrit and janganlah menjadi seorang yang dungu.why? bukan nak mengata ker apa..ada yang couple then serah segalanya pada bf or gf.. sampai nak kena report-report bila nak wat something..oh come-on.. bila tanya kenapa?? dah sayang..Sigh..dah lama tak mengeluh.perlu ker buat semua tuh..aiyak...belum apa-apa lagi dah nak control..nak jeles jeles lebih2...tak salah pun nak jeles tapi kalau sampai nak kuar dengan kawan pun nak berkira dah berat dah namanya tu.. 

sengaja nak lepas geram sebenarnya..why? bila something dengar di telinga ni rasa macam ngilu pula.. tak boleh ker fikir sendiri.. 

case 1:time couple kena ikut cakap pasangan..whatthefish...memanglah kadang kala kena ikut tapi ikutlah perkara yang betul..jangan sampai nak hipokrit..nak kena jadi seseorang yang dia nak..it nonsense ok..it for me...tak kisah lah kalau ada orang kt luar tuh nak bantah ker apa ker..kenapa tak jadi diri sendiri..buat apa yang diri sendiri nak buat..and bila rasa aper yang psgn tu ckp betul barulah ikut..bukan main follow jer..

case 2: high maintained- this for gurl kebanyakkanya...but now kat laki pun sama gak..nak cari psgn nak yang sedap jer...ada duitlah senang citer..for me..tak kesahlah benda tu..masing masing punya hal... tapi yang rusak yer naper nak menipu....tipu kanan...tipu kiri...takder duit cakaplah..haha..very geram pasal ni..actlly kat sini bukan salah si pencukur...tapi salah yang dicukur...dah tau dicukur tu kenalah ukur betul2...ni tak dok layankan ajer..aper kes...this for student actly.. untuk yang dah kerja tu lantaklah..duit diorang..yang gah study ni..kalau dduit tu dia cari sendiri takperlah gak nak belanja bf/gf dia lebih2..beli tu beli ni...berfoya foya lagik..ades...ni tak..duit dari ptptn/mara yang dihabiskan...tak cukup tu cukup bulan tel parent...whatthehell..comeonlah..hal tu pikilah sendiri...kalau yer pun sangap nak couple berpada pada lah....bak peribahasa orang lama...ukur baju di badan sendiri.... untuk yang dah kerja tu tak kesahlah dia nak buat mcm tu..dah sayang kan..tapi janganlah sampai baru tengah bulan diri sendiri pun nak makan pun tak lepas..baek duit tu simpan sikit..haiya...geram sehh..

case 3:Lupa- ... ha lupa apa...dulu dok single kawanlah segalanya...kat parentlah tempat nak mengadu..tapi bila dah couple ala ala romeo and juliet lak...habis di tendang kawan...sampai kes lawan cakap mak bapak..ha ni case memang geram..kalau benda tu berlaku masa umur belas2 lagi tak kesah lah..orang cakap baru nak naik...gah naik asap katakan...tapi kalau umur 20-an memang nak kena flykick gan aku kalau ada..haha..besar besar ni fikirlah sama...senang susah gan kawan...happy2 dengan family..tak kan dua dua nak letak tepi demi orang yang di agung2kan tu..belum tentu lagi kekalnye...kalau dah kekal tu tak kesahlah sebab tu ada peribahasa sapa tak sayang bini woii.....ha..jangan nanti bila dah clash...baru terhegeh2 nak berkawan balik...fenomena baru..fesbuk...ni lagi best...sebab dah jeles menjelesi habis kawn2 kat fesbuk di marah2...pastu deleate...whatthehell..dah clash baru nak add  balik..tya otak lutut kalau kawn2 tu ignore je..silap haribulan block terus..haha...so pandai2 lah yer..nak citer panjang2 kang panjang laks post nih..

case 4:fesbuk.....kat atas dah citer pasal fesbuk..ni just nak intro sikit lagi..bila dah hangat bercintan ni kat fesbuk tu penuh jer tanda2 love...perghh...yang baca pun leh feeling sekali...tapi kalau gaduh kalau boleh satu dunia nak tahu..perang habislah orang cakap..sampai kengkawan yang lain pun terpalit..haish....pastu mula hasut menghasut....apelah nak jadi...for me tak kesah ponk nak update status semata mata nak lepaskan geram..tapi tak payah lah sampai nak hasut menghasut...pastu mula la jadi fitnah memfitnah..buat dosa adalah lagik..pastu pi curik gambar edit2 sampai malukan orang..whatthefish...bagi mereka yang kat luar tuh ...fikir2lah sebelum menampakkan kebodohan anda tu...

case 5: kawan-...tadi dah intro sikit dalam tajuk "lupa" selalunya kawan ni just penting bila berlaku kes gado2...tak pun time nak minta pendapat....for me...yang kat luar tuh..please..bagaimana pun keadaan anda jangan lupakan kawan...tak semua kawan yang akan ada bila susah..so jika ada seorang tu, hargailah apa yang dia lakukan..bukan minta untuk di balas..tapi cukup sekadar menghargai apa yang dia lakukan bila kita susah...

for me...cinta dengan manusia ni tak boleh dipisahkan..nonsense lah kalau cakap tak pernah couple..cuma manis atau pahit tu terpulanglah...semua tu bagi aku cuma dugaan...bagi yang sedang bercinta tu berpada-padalah...kadang kala kita ni terlanjak...kadang-kala kita ni alpa..dan kadang kala kita ni terover sangat...bagi yang dah pernah mengalaminya jadikan perkara lama sebagai satu landasan baru...tak perlu diulang perkara yang sama berulang2...set ur mind...untuk apa bercinta?? ..."i want to be his wife" .. this aku petik ayat seorang kawan...yang aku sayang sangat...yes..aku setuju dengan dia...bawalah cinta tu untuk alam perkahwinan..semua orang nak macam tu tapi bawalah bersama dengan perancangan...bawa lah bekal masing2..jangan nanti bini kemana,laki ke mana,,anak kemana...pada yang tengah loving kat luar sana aku doakan moga bahagialah hendaknya.....berbincanglah jika ada masalah and "use ur mind not ur heart"......


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Love is...
© budax nakal - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace - Blogger Styles