Salam.
Telah berfirman Allah Taala, yang bermaksud:
Maksudnya : "Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan" [Al-Qadr : 1-3]
Siapa yang tak mahu mencari malam yang penuh misteri ini, malam yang memberikan ganjaran terhebat dalam bulan Ramadhan. Sejak saya kecil lagi, saya dah ambil tahu mengenai kelebihan malam Lailatul Qadar ini, malah saya pernah diceritakan pengalaman mereka yang mengatakan telah merasai nikmatnya merasai malam seribu bulan ini.
Banyak cerita. Ada yang mengatakan air paip semasa nak mengambil wudhuk tetiba jadi ais. Ada juga yang ceritakan pada saya, masa dia melalui jalan ke masjid, pokok di situ tunduk hormat. Dan ramai juga yang pernah beritahu saya, bila malam itu tiba, suasana sangat nyaman, sunyi, dan hati rasa sangat lapang.
Itu adalah cerita-cerita yang seingat ingatan saya yang telah diberitahu oleh rakan-rakan sekolah, rakan-rakan IPT, rakan-rakan tabligh dan ramai lagi. Ceritanya tak lari dari petunjuk2 di atas.
Mencari Malam Lailatul Qadar
Mengikut pendapat Imam Syafie, malam Lailatul Qadar boleh ditemui pada sepuluh malam yang akhir. Dan diberatkan pada malam-malam ganjil iaitu malam dua puluh satu (21) dan malam dua puluh tiga (23) bulan Ramadan.
Imam Ghazali pula ada menyebut bahawa malam Lailatul Qadar boleh diketahui dengan meneliti hari permulaan Ramadhan pada tahun tersebut. Menurutnya; seandainya permulaan Ramadhan jatuh pada hari:
- hari ahad atau hari rabu - maka, malam Lailatul Qadar adalah pada malam yang ke dua puluh sembilan.
- hari isnin - maka malam Lailatul Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
- hari selasa atau jumat - maka malam Lailatul Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
- hari khamis - maka Lailatul Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.
- Hari sabtu - maka Lailatul Qadar akan jatuh pada malam yang ke dua puluh tiga.
Itu menurut pendapat yang banyak diperkatakan dan menjadi antara pedoman oleh ramai umat Islam. Namun, tiada siapa yang sebenarnya tahu, kerana hadirnya malam seribu bulan ini adalah atas kehendak Allah Taala.
Ada yang mengatakan, walaupun tidak berlaku hari itu pada individu, tetapi atas keberkatan dia mengerjakan segala amalannya, nikmat malam seribu bulan itu diterimanya walaupun tanpa dia mengetahuinya.
Ini merupakan panduan yang telah diberikan oleh mereka yang ahli dalam hal ini. Terpulang pada kita untuk memberatkan amalan mengikut panduan yang diberikan.









0 ulasan:
Catat Ulasan